• Program Elektif
  • Pra-Klinikal
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROGRAM ELEKTIF PRA KLINIKAL (FASA II)

PROGRAM ELEKTIF PRA KLINIKAL (FASA II)

Program ini merupakan salah satu program WAJIB bagi pelajar perubatan PPSP yang memasuki Fasa II pengajian. Ia berorentasikan pra klinikal dan memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti yang diminati selain daripada bidang perubatan. Namun begitu, aktiviti tersebut diharapkan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan jati diri sebagai pengamal perubatan dikemudian hari. Masa yang diperuntukan diharpkan dapat digunakan sebaik mungkin dan tidak disia-siakan. Perlu diingat bahawa Program Elektif Fasa II BUKAN waktu riadah atau digunakan untuk bersiar-siar.

Tujuan Program:
Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk meneroka dunia selain daripada alam perubatan yang mungkin menpunyai pertalian dan hubungan tentang kejadian sesuatu penyakit atau permasalahan dalam komuniti mahupun alam binatang dan juga tumbuhan. Malahan pelajar juga digalakkan untuk meneroka teknologi baru yang boleh membantu dalam perkembangan sistem kesihatan mahupun kecanggihan perubatan. Ia tidak terbatas kepada perubatan modan, malah pelajar yang mengemari ilmu seni tari, kulinari dan terapi traditional dan complimentri juga boleh menjadikan ia sebagai tajuk elektif.

Objektif Program:

Diakhir program ini, pelajar dapat:

  1. Meneroka bidang selain bidang perubatan yang diterjemah dalam bentuk laporan (C3, CTPS)
  2. Mengikuti program yang dipilih dan mencatitkan perjalanan program di dalam diari harian (P3, )
  3. Menbentangkan hasil penemuan dalam sesi viva voce bersama penyelia dan panel dilantik (A2, CS)

PERJALANAN PROGRAM

Wajib kepada SEMUA pelajar Fasa II yang selesai menduduki Peperiksaan Akhir Profesional 2

 

Tempoh masa: 4 minggu selepas peperiksaan Ikhtisas 2

 

Tajuk Elektif:

  1. Ia adalah pilihan pelajar
  2. Skop pilihan terpulang kepada pelajar melalui perbincangan bersama penyelia
  3. Tajuk tidak terhad kepada penyelidikan, namun pelajar digalakkan untuk melakukan penyelidikan jika berminat

Elektif secara Individu

  1. Perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 objektif
  2. Jika melibatkan organisasi luar, surat kebenaran perlu diperolehi sebelum elektif berlangsung, salinan surat yang telah diterima perlu diberikan kepada bahagian akademik
  3. Surat pengesahan pelajar perubatan PPSP, boleh diperolehi di bahagian akademik (jika diperlukan)
  4. Di akhir program, pelajar perlu menyediakan  dua salinan laporan

Elektif secara Berkumpulan

  1. Terhad kepada 10 orang dalam satu kumpulan
  2. Setiap ahli perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 objektif yang berasingan
  3. Jika melibatkan organisasi luar, surat kebenaran perlu diperolehi sebelum elektif berlangsung, salinan surat yang telah diterima perlu diberikan kepada bahagian akademik
  4. Surat pengesahan pelajar perubatan PPSP, boleh diperolehi di bahagian akademik (jika diperlukan)
  5. Di akhir program, pelajar perlu menyediakan HANYA dua salinan laporan

 

Tempat Pilihan:

  1. Ia boleh dilakukan di sekitar USM kampus Kesihatan
  2. Dalam Malaysia – perlu mendapatkan surat kebenaran
  3. Luar Negara – Perlu mendapat kebenaran – lawatan sambil melancung tidak akan diterima

 

Pemilihan Penyelia Utama:

  1. Terpulang kepada pemilihan pelajar
  2. Terhad kepada 10 orang pelajar sahaja untuk setiap penyelia
  3. Penyelia adalah WARGA PPSP yang sah dan bergelar pensyarah SAHAJA

 

Pemilihan Penyelia Bersama:

  1. Terpulang kepada pihak pelajar sekiranya perlu
  2. Fungsi adalah untuk membantu pelajar di lapangan
  3. Boleh dipilih dari kalangan bukan warga PPSP tetapi mesti mahir dalam bidang yang ingin dilakukan

Tanggungjawab Penyelia

  1. Membantu pelajar dalam mencapai objektif program
  2. Menyusun strategi dalam mencapai objektif
  3. Mempunyai pengetahuan dalam tajuk yang dipilih

Pelajar yang gagal menyerahkan kembali Laporan dan Tiada Penilaian atau mendapat markah kurang dari 50% oleh Penyelia dianggap GAGAL dalam Program Elektif PraKlinikal dan WAJIB mengulanginya sebelum pengijazahan bermula

Format Penulisan Laporan

  1. Ia perlu disediakan dalam 2 salinan (dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu)
  2. Kandungan laporan perlu merangkumi aspek-aspek berikut:
    1. Pengenalan kepada tajuk
    2. Tujuan / matlamat tajuk ini dipilih
    3. Objektif program berdasarkan tajuk yang dipilih
    4. Bentuk metodologi yang diguna pakai:
      1. Pencarian maklumat
      2. Temuramah
      3. Pemerhatian
      4. Kertas kaji selidik
      5. Demostrasi etc
      6. Penglibatan institusi dan organisasi luar
      7. Target sampel / audience
    5. Keputusan
    6. Perbincangan
      1. Kebaikan dan keburukan yang berlaku
      2. Kelebihan dan kekurangan yang ada
      3. Kepentingan yang boleh diguna pada masa hadapan
    7. Kesimpulan dan saranan
    8. Penghargaan
    9. Sumber rujukan
    10. Laporan perlu disediakan dalam times new roman, font 12, double spacing, jumlah patah perkataan tidak kurang daripada 10,000 patah perkataan

We have 683 guests and one member online