EN MS
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Program Elektif

PROGRAM ELEKTIF KLINIKAL PPSP

PROGRAM ELEKTIF KLINIKAL

1. Di wajibkan kepada semua pelajar Tahun 4.

2. Pelajar USM PPSP perlu memilih penempatan selain daripada HUSM kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dengan kebenaran Dekan.

3. Pelajar USM di KLE dibenarkan memilih penempatan di HUSM dan di hospital kerajaan yang lain di seluruh Malaysia dan juga negara lain.

4. Pelajar USM PPSP juga digalakkan memilih penempatan di luar negara termasuk hospital pengajar USM-KLE bagi menyahut aspirasi Universiti ke arah pengantarabangsaan Universiti.

5. Program elektif ini mesti berorientasikan samada klinikal, kajian lapangan atau khidmat komuniti.

6. Pelajar diminta untuk memohon penempatan elektif klinikal mengikut pilihan sendiri setelah mereka memasuki sidang akademik Tahun 4.

7. Seorang pelajar HANYA dibenarkan untuk mencadangkan SATU atau DUA posting sahaja dalam tempoh 4 minggu penempatan sama ada di hospital/klinik kesihatan/klinik swasta/pusat ambulatori atau pusat komuniti. Pecahan minggu yang di cadangkan adalah (3 minggu + 1 minggu, atau 2 minggu + 2 minggu, atau 4 minggu). Keputusan akhir penentuan posting tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan hospital/klinik/pejabat kesihatan/dan sebagainya yang dipilih beserta penilaian Jawatankuasa Elektif yang dilantik.

8. Pelajar boleh mengisi borang penempatan yang boleh diperolehi di Pejabat Akademik PPSP.

9. Permohonan penempatan boleh dilakukan di beberapa tempat di:

  • Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (yang mempunyai pakar/pegawai perubatan sahaja)
  • Hospital Angkatan Tentera
  • Hospital Universiti
  • Hospital Luar Negara dan Pusat Kesihatan luar negara
  • Klinik Kesihatan
  • Hospital atau Klinik Swasta
  • Pusat Ambulatori (Pusat Hemodialisis, Pusat Jagaan Harian, Pusat Perubatan Komplementari dan lain-lain yang bersesuaian)
  • Khidmat kesihatan/Komuniti bersama NGO dengan kehadiran pakar/pegawai perubatan

10. Permohonan untuk menjalani penempatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, calon WAJIB muat turun borang permohonan menjalani posting elektif secara dalam talian dan di alamatkan kepada Pejabat Kesihatan Negeri.

11. Permohonan untuk penempatan ke Hospital Universiti, calon perlu mendapatkan borang permohonan dengan melawat laman web universiti terbabit.

12. Sebarang kos yang dikenakan ke atas semua bentuk permohonan adalah dibawah tanggungjawab pelajar sendiri.

13. Pelajar adalah bertanggungjawab ke atas semua kemudahan yang diperlukan seperti penginapan mahupun kemudahan pengangkutan.

14. USM akan mengeluarkan insuran kelompok kepada setiap pelajar yang menjalani tempoh penempatan bermula dari tarikh elektif dilakukan dan tamat 4 minggu kemudian. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) akan bertanggungjawab untuk permohonan insuran.

15. Permohonan insurans luar negara perlu diuruskan oleh pelajar sendiri melalui BHEPA dan hendaklah di hantar 2 bulan sebelum tarikh elektif.

16. Permohonan ke Luar Negara HANYA akan diluluskan apabila pelajar mendapat kelulusan daripada universiti yang dipohon.

17. Permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan boleh dilakukan dengan mengisi borang yang di sediakan di Pejabat Akademik.

18. Para pelajar yang memohon untuk menjalani penempatan di luar negara, perlu juga mengisi permohonan dalam negara bagi mengelak ketiadaan tempat jika permohonan ke luar negara di tolak.

19. Objektif pembelajaran adalah untuk memastikan setiap pelajar diakhir program ini berupaya:

  1.  Menghubungkait tanda-tanda klinikal dan diagnosis penyakit serta perawatannya 
  2.  Mengambil bahagian dalam perbincangan dan memberi pendapat untuk penyelesaian
  3.  Menyertai pasukan perawatan dan berkebolehan untuk menghormati ahli kumpulan
  4.  Melaksanakan nilai-nilai etika dalam perawatan pesakit 
  5.  Berupaya berkomunikasi dengan baik dalam menjalankan tugas semasa berada di kalangan ahli kesihatan yang terlibat dan masyarakat setempat.

20. Di akhir penempatan, pelajar akan di nilai berdasarkan penilaian Penyelia Lapangan dan Jawatankuasa Elektif USM yang dilantik. Pelajar perlu menyerahkan surat dan borang penilaian kepada Penyelia Lapangan dan Jawatankuasa Elektif USM, dan kembalikan borang tersebut ke Pejabat Akademik untuk tindakan selanjutnya.

21. Kaedah penilaian daripada Jawatankuasa Elektif USM adalah untuk kes-kes tertentu sahaja. Ini berdasarkan buku log dan laporan daripada penyelia lapangan beserta keputusan temuduga bagi kes–kes yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Elektif, semasa minggu pertama di tahun 5.

22. Pelajar yang gagal menyerahkan kembali borang penilaian dianggap GAGAL dalam Program Elektif Klinikal dan WAJIB mengulanginya sebelum pengijazahan.

23. Jika seseorang pelajar mendapati beliau tidak berkeupayaan untuk mengikuti program elektif atas sebab-sebab kesihatan, pelajar perlulah mengisi borang yang disediakan di Pejabat Akademik dan diserahkan kepada Urusetia Elektif dan/atau Penyelaras elektif. Surat sokongan perubatan dari Pakar USM juga diperlukan. Segala keputusan akhir adalah tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Elektif dan Dekan PPSP.

School of Medical Sciences, Health Campus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan
Phone : 609-767 3000  |  Fax: 609-767 3370  |  Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Copyright © School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia 2016. Send your feedback at www.medic.usm.my/e-aduan
 
4,413,975
Kemaskini : Thursday 10 January 2019, 09:00:34.