EN MS
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Hari Kesihatan Bersama Warga Peneroka FELDA Chiku 06, Gua Musang

FELDA Chiku 06, Gua Musang, Kelantan, 28 Oktober 2017-Hari Kesihatan Bersama Warga Peneroka telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Chiku 06. Objektif utama Hari Kesihatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga peneroka tentang kepentingan menjaga pemakanan dan gaya hidup untuk menjamin kesihatan. Pengarah program, Dr. Rohimah Mohamud serta semua ahli jawatankuasa sangat berpuas hati dengan sambutan penduduk dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan FELDA Chiku 06 yang diketuai oleh En. Shaari Yusoff.  
 
Hampir 100 peneroka terlibat dalam pemeriksaan kesihatan dan mendapat khidmat nasihat daripada doktor perubatan yang diketuai oleh Dr. Aman A. Hamid bersama 11 doktor perubatan dari Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM, PPSP), selepas penyampaian ceramah berkenaan penyakit leptospirosis oleh Dr. Nur Raihan Ismail. Bagi memeriahkan suasana majlis, cabutan bertuah turut diadakan. Lawatan dan pemeriksaan kesihatan juga diadakan terhadap 7 peneroka di rumah masing-masing. Program ini juga mendapat liputan dari Sinar Harian bertarikh 30 Oktober 2017.
 
Hari Kesihatan ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM, PPSP), Persatuan Pencegahan TB Kelantan (MAPTB), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Persatuan Strok Kelantan (PESONA) dan Unit Kesihatan Pendidikan Negeri Kelantan (UPK). Hasil dari program ini, disarankan agar warga peneroka menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun. Selain itu, pihak kesihatan (hospital, universiti, persatuan kesihatan dan sebagainya) juga perlu merancang lebih banyak aktiviti sebegini supaya warga peneroka dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
 
 
Ahli jawatankuasa dari Jabatan Imunologi, PPSP. Dari kiri: En. Azlan Mat Nasir, Dr. Wong Kah Keng, Dr. Ramlah Kadir, Dr. Noor Suryani Mohd Ashari, Pn. Ainul Sofiah Abd. Aziz, Dr. Che Maraina Che Hussin, Dr. Rohimah Mohamud, Dr. Norhanani Mohd Redwan, Dr. Tina Tan Hern Tze, En. Jamaruddin Mat Asan, En. Mohd Izzat Fahmi Awang, En. Mohd. Iman Hafiz Ibrahim.
 
 

Doktor perubatan dari Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP, di Balai Raya FELDA Chiku 06. Dari kiri (berdiri): Dr. Noraznira Md Noor, Dr. Nor Azila Rani, Dr. Nur Raihan Ismail, Dr. Wan Soliha Wan Mohd Hanafi, Dr. Hamiza Ngah, Dr. Mohd Yusuf Md Akhir, Dr. Afiq Izzudin A Rahim. Dari kiri (berduduk): Dr. Narisa Hatun Damanhuri, Dr. Mohd Khairul Anwar Kamdi, Dr. Mohamad Zarudin Mat Said, Dr. Muhammad Sirri Ammar Ramzan, Dr. Aman A. Hamid (ketua). 

Sesi pendaftaran para peserta. 

Ceramah kesihatan berkenaan leptospirosis dan sesi soal jawab oleh Dr. Nur Raihan Ismail.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

Gambar berkumpulan ahli jawatankuasa dengan warga FELDA Chiku 06.

Disediakan oleh ahli jawatankuasa Jabatan Imunologi, PPSP 

 
School of Medical Sciences, Health Campus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan
Phone : 609-767 3000  |  Fax: 609-767 3370  |  Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Copyright © School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia 2016. Send your feedback at www.medic.usm.my/e-aduan
 
4,338,212
Kemaskini : Selasa 25 September 2018, 10:37:47.